Tuesday, June 17, 2008

Pesta arak di tempat terbuka

EM... Apa lagi yang mampu Joyah buat selain menggelengkan kepala mendengar kisah sesetengah artis kita yang kini semakin terbuka bukan sahaja dalam gaya penampilan tetapi juga cara hidup.

Tak payah bercakap soal berpakaian kerana kalau dilihat dewasa ini, baju ala kain tak cukup memang jadi trend. Biji mata Joyah pun hampir terjojol kadang-kadang tengok pakaian mereka.

Tak kiralah ketika mereka muncul di permaidani merah, apalagi ke majlis-majlis sosial yang banyak dianjurkan di sekitar ibu kota

more...

Dan hari ini, kalau pegang gelas berisi air memabukkan bukanlah satu perkara yang memalukan buat mereka walaupun di tempat terbuka.

Dulu-dulu mungkin juga ada yang hanya minum air memabukkan begitu di kelab-kelab malam sahaja. Tapi hari ini, sambil lepak-lepak di kaki lima cafe pun boleh minum.

Yang Joyah nak cerita ini pun agak memalukan juga. Daring pun ada. Sebab mereka sudahlah pergi meraikan majlis pelancaran satu jenama arak.

Di majlis itu juga ada kalangan mereka yang dah tak segan silu pegang botol dan gelas arak ketika meraikan pelancaran itu di sebuah pusat beli belah terkenal baru-baru ini.

Kalau dah pegang botol dan gelas, takkan posing saja kan. Joyah tak mahulah menuduh tapi ramai yang nampak ada yang meneguknya. Selamba sahaja.

Yang seronoknya, kalau nak raikan pun, sedarlah diri bahwa diri kita ini siapa. Bukanlah tak boleh berseronok di majlis itu.

Tapi mereka pun bukannya duta minuman tu. Hanya datang meraikan sahaja. Nak kata mereka duta tak mungkin. Sebab Joyah tak rasa pun syarikat pengedar minuman itu mahu mengambil mereka sebagai menghormati status mereka sebagai seorang Muslim. Pada Joyah, kalau nak hadirkan diri tak apa. Tapi janganlah lebih-lebih. Di tempat terbuka pula tu.

Bukankah banyak mata yang memandang. Pandai-padailah bawa diri sebab awak tu artis.

www.utusan.com.my

No comments: