Thursday, December 11, 2008

MRFiE dan KKTM Kuantan...




MRFiE kembali..


assalamualaikum kawan2 yang melihat, menjeling mambaca dan mengomen aku nye blog nie..
aku sebenornya tak tau nak create ape kat blog nie..saje boring2 malam2 nie..aku skrng sudah berpindah ke kuantan.da 4 bulan aku kat sini...ke pangkuan keluarga ku dan org ter........... huhu..best gak..tapi bila da duk sini nak jalan2 tpt lain pun da malas..skrg aku da bekerja di Kolej Kemahiran Tinggi MARA kuantan..kena transfer kat sini dari MRSM Lgg..gudbye Lgg...memang jauh beza nak comparekan ngan lenggong..tpt rileks, tenang..kerja pun best..bos2 pun ok n kawan2 pun spoting..serta adik2 disana semer best...kat sini maybe best..tapi mbik masa skit..biasala..tpt baru banyak benda nk kena setup n belajar cara duk kolej plak..kene plak bos yg pecah mental aku, memang tekanan dgn bos2 kat sini, kerja ngan pengarah la katekan..best duk sekolah aku rasa..terima hakikat jela....tapi kawan2 kat sini memang best..takpelah..rezeki aku kat kuantan plak..insyaallah, harap2 cepat la aku serasi ngan kerja kat sini....Kat sebelah nie ada la gambar kampus aku..nie pejabat pentadbiran..n beberapa keping pict kolej nie..

Thursday, July 3, 2008

aku dan ibuku..

malaysian kini... melayu kini

Aku ada terima email dari kawan aku kekira minggu lepas lah.. Aku terpanggil nak kongsi email ni ngan kengkawan yang lain. Kalau korang dah baca lupakan ajelah kalau belum... ni dia kat bawah ni..

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan,
pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
Judi dan pertaruhan menjadi taruhan walaupun dalam perkara kecil dan dianggap ringan, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?"


Tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. ..



Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk
dijadikan sempadan..TAKBIR ALLAHU AKHBAR

Hati2 keluarkan duit ASB

Korang pernah keluarkan duit dari ASB tak? Kalau ya, pernah tak korang periksa resit pengeluaran korang sebelum tinggalkan kaunter? Apa yang aku nak beritau ni merupakan perkara yang betul-betul berlaku pada seorang kawan aku. Aku tak taulah perkara ni pernah berlaku sebelum ni ke tidak. Tetapi kejadian yang berlaku ni memang tak masuk akal (memandangkan teknologi pengesanan dah canggih sekarang ni).

Beberapa minggu yang lepas kawan aku ni ada buat pengeluaran ASB di sebuah cawangan bank **mb di TPG. Jumlah yang dia keluarkan, RM20 ribu bukannya RM20.00 tau. Banyak tu, maklumlah dia tengah bina rumah. Dapat aje duit tu kawan aku terus tinggalkan bank, sambil takut-takut lah sebab banyak duit yang dia bawak tu. Dalam takut-takut tu langsung dia tak check salinan resit pengeluaran dia.

Korang tau apa jadi... lepas beberapa minggu dia keluarkan duit tu, dia periksa baki duit simpanan nya... terkejut beruk dia sebab baki duitnya langsung tak berubah. Maksudnya duit RM20 ribu yang dia keluarkan langsung tidak terusik. Akaunnya masih ada banyak lagilah duitnya. Kawan aku ni rasa pelik pun ada, suka pun ada maklumlah duit ada lagi beb...

Balik aje dia cari resit pengeluaran sebelum tu, lagi terperanjat beruk sebab nama yang di print pada resit tu nama adik dia. Sedangkan masa buat permohonan (tulisan tangan) dia tulis nama dia. Jadi dengan ertikata lain kerani bank tak buat kerja dengan betul lah tu. Bayangkan orang lain keluarkan duit tapi akaun orang lain yang kena tolak.
Memandangkan akaun yang kena tolak tu adik dia punya (kalau orang lain punya tak tau lah apa jadi) kawan aku pun tanyakan dengan pegawai bank **mb tu, pegawai tu kata tak apa... you datang bank nanti kita transfer semula (nak keja senanglah tu).

Kawan aku tanya pulak kat Ibupejabat ASNB.. korang tau apa kata diorang.. Jangan layan encik, diorang tu nak buat keja senang sebab sepatutnya pihak bank kena buat laporan berjela kenapa benda ni boleh berlaku. Silap haribulan kerani yang bertugas pada masa tu kena buang keja. Lepas tu kawan aku tu telefon pulak ibupejabat **mb dan mengadu tentang apa yang dah jadi, macam biasalah pihak bank akan siasat perkara ni.

Lepas dua tiga hari kawan aku suruh adik dia buat lapuran kat bank yang sama mengatakan duit dia hilang dari akaun. Korang tau.. pihak bank tak renti-renti suruh kawan aku tu pegi bank sebab nak sattlekan benda tu. Rupa-rupanya diorang kena belasah dengan ibupejabat sebab cuai buat keja. Sampai aje kat bank... pegawai bank layan kawan aku tu macam pelanggan istimewa, macam-macam dia offer yang penting kes selesai.

Sebab tak nak panjang cerita (lagipun yang terlibat adik dia sendiri) kawan aku pun setuju. Alasan yang bank bagi pulak cuai.. Ada pulak benda melibatkan duit pelanggan (banyak pulak tu) boleh cuai-cuai. Korang bayangkan, korang pegi bank isi borang, ambik nombor, duduk tunggu, pegi kaunter... lepas tu kerani kat kaunter tu kata "duit encik dah habis dikeluarkan lah encik". Tak mustahil boleh berlaku kan... kalau korang yang dapat duit tu mungkin senyap aje..he he tapi kalau duit korang yang kena kebas... amacam...

Jadi jangan percayakan sangat kerani bank tu... semak dulu salinan resit bahagian yang print tu betul ke tidak. Lagi satu kalau korang keluarkan guna buku bank.. semak semua muka surat sebelum tinggalkan kaunter manalah tau ada pengeluaran yang korang tak tau dan di print pada muka surat yang lain atau di print secara bertindan (double print).

Berhati-hati sebelum kena....

Monday, June 23, 2008

....MRFiE.....















HUHU..nie la aku..MOHD FIRDAUS B ABDULLAH or nama Kechik..Fie..anak ke 3 dari 6 org adik beradik..family kat Kuantan..klah, aku bekerja di Majlis Amanah Rakyat(MARA)..sekarang kene posting kat MRSM Lenggong,Perak..nak balik jauh tu dari lenggong ke Kuantan..ermm, rezeki kat sini.. takpelah..tapi jauh2 lenggong ni pun tak mematahkan semangat aku utk berbisness..every weekend aku turun Kl..coz kat KL aku wat sub bisness ngan kawan2..masyuuk la jugak..saving skit..ok..aku nak citer skit ape yg best kat lenggong nie..ermm, tempat memang tak yah cakap la nak tanye orang memangla tak taunyer..tp tempat nie best siot..view memang cantik..banyak tpt utk ko menenangkan diri dari kesebokan kota...contohnye rileks di Tanjung Harapan..Kpg Beng..Air terjun Lata Kabu..panjat gunung2 oppss tak lupe juga sape yg nak main kayak. kat sini pun ada gak..area tasik raban..ikan tak yah cakap ler..segar bugar siot..ikan air tawar..perrhhh..sampai menjilat jari la kene ikan bakar kat sini..huhu....


Citer pasal aku nie..aku nak citer tpt aku kerja dulu..aku kerja kat MRSM Lenggong..nie gambar tpt aku kerja..huhu..nyaman giler..takde wayang, takde shopping complex n sesak jem..rileks jer..kul 6 ptg da lenggang da..malam tak yah cakap la..senyap sunyi tu..

first aku datang sini..aku xcdent kat slim river tu..banyak giler duit abih..ermm..pindah barang dari KL ke lenggong..penuh satu keta..nak tgk mirror pun da x leh da..ermm..last2 nasib tak menyebelahi aku..aku nak elak keta dari depan then aku hentam dvider kat situ..selamat tak berpusing keta aku..laju gak time tu..selamatla time tu keta aku berat ngan barang2 pindah..petaknyer ngan tong gas, brg2 penting dan mcm2 lagik la..ermm..nak wat cam ner da tertulis time tu aku kena..jd aku kena la..nie semer kuasa Allah S.W.T...k lah...leh tahan gak aku nak merepair keta..duit time tu da betoi2 kering..kena plak..ish2..takpelah benda da lepas..tula kenangan aku first2 datang kerja kat lenggong nie..huhu..

Jd nie la aku MRFiE or budak2 kat sekolah nie panggil aku abggg Fieee..huhu..pela dorang nie..tp best gak duk sekolah nie..sayang nak tinggal kan lenggong..tpt Rileks byk..budak2 sekolah yg baik2, ada gak la yg poblem..biasala bdk2kan..kawan2 kat sini semer Ok & Best Giler...Oppss, tak lupe juga kpd geng lebah or Bee....Bob, Azlie, Bukhari, Aku dan Abg long(leader la kut)..huhu..memang best kat MRSM Lenggong..kat sini aku ada adik..nama dia AiiYiiN..bgusla bdknyer..sapa yg nak jadikan awek..mmng bagus sgt2la..tp now dia kene fokus SPM dulu..da cemerlang br leh pkir..dia banyakla tolong aku...Thanks Ain n Semer kawan2 ku..

Ermmm..nak citer ape lagi arr..klah..Aweks..ermm..takpelah..pasal tu nantilah aku citer biler da sampai masa nanti..takpelah nanti klu ada citer yg nak tau lagi..antor2 la komen k..aku tak kesah nak bagi pendapat ke..nak komen ker..nak mengata ke..nak suruh aku join sekalu mengumpat ke..tak kesah..aku layan jer..asalkan jgn memutuskan tali persaudaraan sesama islam..k lah..aku nak cau da..pepehal call la aku..

Kursus Induksi D Ganu "08"





nie time aku p kursus di Terengganu..best siot time nie..lepak2 ooo..Releas siot..